Tuesday, May 19, 2009

Bermalam dirumah sangkar ikan

Sangkar Ikan H.T Enterprise

03hb Mei yang lepas aku bersama kawan-kawan dari kementerian lama dimana ku bertugas dulu membuat rombongan untuk bermalam di rumah sangkar yang telah disewa $150.00 semalam di Kg Bunga yang dimiliki oleh H.T Enterprise.. Rombongan kami seramai 15 orang membawa kenangan indah kepada kami semua..


Kami bermalam disana hanya selama satu (1) malam saja..Tujuan kami hanyalah untuk beriadah melapangkan fikiran sambil memancing ikan diluar sangkar, ini kerana package kami yang berharga $150.00 atu inda terkandung memancing didalam sangkar..selain atu kami jua mengada BBQ..Sangkar ikan yang ada disana sangatlah luas..Antara ikan-ikan yang diternak adalah seperti ikan Barah-barahan, Kerapu dan Keratang..


Kami tiba dirumah penginapan kira-kira azan maghrib berkumandang..Sewaktu kami tiba, kami telah disambut oleh beberapa kawan yang terlebih awal sampai dari kami memandangkan bisdurang ani inda bekerja hari Sabtu, jadinya kediaku terpaksa bertolak akhir selepas balik kerja 4.30pm.. Untuk pengetahuan abiskita, H.T Enterprise ani inda lagi lama kan membuka Resort bisdurang yang yang di Kg Sungai Belukut kira-kira dalam bulan June ani dan besar kemungkinan perasmian nya di adakan pada bulan Ogos..Resort atu telah diberi nama "Mangrove Forest Resort"..Bercerita pasal resort ani, sepatutnya ketani berasa bangga dengan pembangunan yang semakin pesat dan antara salah satu resort yang bakal menarik perhatian pelancong..

Berbalik semula pada cerita asal ketani tadi, malam atu kami inda mensia-sia kan masa terluang kami dengan bermain "Karom" apanya orang ketani pemainan Kiram selepas BBQ, memancing sambil mendengar muzik sehinggalah ke pagi..Bangun pagi atu kedialah orang yang pertama keluar rumah menyaksikan matahari terbit..rasanya iatah pertama kali kediaku menikmati pemandangan dari tengah laut..hmm tengah laut kah jua tu aa hehehehe..sukur2 saja bah..Akhir atu kami pulang kira2 4 lalu..By the way ta daaaa...hehehe beri saspen sikit lahh, rumah sangkar tempat kami menginap ani sebenarnya adalah salah sebuah rumah kampung air yang telah dijadikan resort untuk orang ramai..manakala resort yang akan dibuka nanti bulan june atu barutah resort yang rasmi nya..


Sekiann...

Thursday, March 5, 2009

Fuhh..akhirnya..

Salam semua..hehehe setahun udah ku melupakan blog ani..bukan nya ku melupa kan, tetapi kelupaan kata laluan untuk blog ku ani..so nanti kan cerita terbaru ku akan datang..

Sunday, April 27, 2008

KeMBaLi...

Pandangan malam Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien


Wow..! lama dah ku inda update blog ani sampai ku terlupa kan kongsi cerita pengembaraan ku ke Sabah bulan Januari lepas aa..Hurmm apa baik kan ku cerita kan ah hehe blurr ja otak ku masa ani..
Ish..hingar jua orang duduk sebelah ku ani sipun tah berkerjaya sebagai doktor,inda jua payah kan membesar2 kan suara "bepadah" yang kedudukan kerja bisdurang..macam ani kah orang berpelajaran inda tau kan memikirkan orang persekitaran nya..seolah2 durang terlupa yang bisdurang ganya yang ada di tempat ani..Mana nilai kesedaran bisdurang atu kan? Ramai lagi orang berkerjaan yang lebih baik tau menilai persekitaran..atau pu bisdurang ani bekerja sekadar kan 'show off' tiada nilai keikhlasan dlam menjalankan tugas hanya semata-mata gaji yang lumayan..Hmm cerita pasal pekerjaan ani teringat ku kan cerita dari kawan ku mengenai perkerjaan yang inda sealiran dengan sikap perangai kehidupan peribadi seseorang masa ani..

Contoh yang paling ketara berlaku dalam kehidupan ku,bukan niat kan memburuk2 kan tapi kenyataan dan kesedaran bersama bila aku sendiri mempunyai beberapa orang kawan yang berkerja di bahagian keugamaan lah, jangan tah disabut abis kawasan nya yang sebenar, akan tetapi kehidupan mereka persis orang barat..di mana silap nya? adakah kerana perkerjaan yang masa ani sukar untuk di perolehi, gaji yang lumayan atau pembawaan sosial dalam hidup individual yang sentiasa mengikut hawa nafsu mereka ani? Hehe walaupun aku sering bersosial bersama durang, sambil atu aku selalu menyelami kehidupan bisdurang untuk di jadi kan renungan dan pengajaran bersama..Tegur menegur adalah tindakan yang baik..kalau teguran positif di terima alhamdulilah tapi bila teguran inda di terima, sekurang2 nya ketani sudah berusaha membimbing bisdurang ani..

Jadi hal sedemikian, ku harap apa yang ku perolehi dari mana2 kenangan lalu dan mendatang akan menjadi pengajaran dan iktibar ketani bersama

Monday, February 18, 2008

SaBaH Adventure

Pekan Lama Membakut, Papar Sabah


Pada 22hb hingga 24hb Januari lepas sehari selepas kami balik dari Labuan pada 19hb lalu, destinasi percutian ku seterus nya kali ani ke Sabah Kota Kinabalu..Banyak kenangan manis dalam perjalanan kami..Gara-gara mendapat kebenaran "Last minute" permohonan cuti kami kana sain iatah maka nya rancangan pada asal nya kan melancong ke Thailand betukar arah jadi ke Sabah.Hehehe membawa rasa hati kesal lah konon nya kami ke Sabah ani..


Plan mengejut ani pun mula nya inda kan jadi, oleh kerana ku "membanari" akhirnya menjadi..atu pun kami bertolak kan dekat tengahari dalam pukul 11 lalu..Dalam perjalanan kami, pada asal nya cuma kami bini2 bertiga sahaja..Tempat penginapan kami nanti udah dimaklum kan yang kami akan ikut menumpang arah ibu mertua adik kepada kawan ku cMas yang jadi pemandu kami..manakala yang seorang lagi kaka kepada cMas ani.untuk makluman,sebenar nya cMas baru tah jua pertama kali kan memandu kereta nya suzuki vitara ke Sabah..Di pendek kan cerita, dlm kami bertiga ani konon nya kaka cMas tah jadi juru pandu menunjuk kan di mana tempat rumah yang kan kami tumpangi ani memandang kedia udah dua kali kesana..


Dalam perjalanan kami atu,seperti biasa kediaku inda tah pernah lupa kan mengambil gambar pemandangan disana..Dalam kiraan ku kami dijangka sampai kedestinasi kami sebelum 5lalu..Sekali nya sesuatu yang inda kami sangka2 rupa nya juru pandu ani ingat2 lupa kan tempat rumah yang kan kami tumpangi ani..paling tah inda dapat ku lupa banar2 bila tayar kereta Vitara atu pancit di tengah jalan seolah2 memberi petanda sebenar nya kami sudah jauh melimpasi kawasan rumah yang kan di tumpang ani..Kami sepatut nya singgah di Membakut, sedang kan tempat kejadian tayar pancit atu di Kinmanis selepas Membakut..Geram Hati atu ada jua pasal nya kami ani turun2 ayam inda lagi mencek2 keadaan kereta atu.Hahaha yang jadi mangsa tetap tah kedia ku pasal nya dalam kami bertiga kedia ku tah yang paling terer tahu kan hal2 bidang mekanik..


Dalam ku menganti tayar atu sempat jua lah cMas bertanya arah ku sama ada kan mengambil gambar waktu ku membuat penukaran tayar atu..Oleh kerana ada rasa geram atu inda tah ku jua menyuruh..Bila semua nya selesai menyesal inda mengambil gambar sebagai kenangan..Sesudah selesai kami pun meneruskan lagi perjalanan..Waktu atu kami masih lagi alum menyedari yang kami udah sesat sampai tah kami kejumpaan "Round about" yang menunjuk kan ke Kota Kinabalu..Dari sana kami menyedari dan bertindak mencari orang yang ada di kawasan tersebut untuk bertanya kan kedudukan kami masa atu..


Last2 nya kami pun sampai ke destinasi berdasar kan dari cerita orang yang kami tanya kan tadi..Kami sampai ke Membakut, Kg Brunei dalam pukul 6pm..Rasa lega dapat di rasai tambahan kedia ku yang dalam keletihan selepas menganti tayar vitara yang besar lain dari sebelum ani kediaku ganya pernah menganti tayar yang damit dari saiz tersebut..Selepas berehat, kami merancang untuk ke esokan hari nya yang mana dua orang kawan dari Brunei nanti tiba disana melalui kapal laut..

Nanti kan sambungan cerita ku ani hehehe mengalih ku mengarang aa esuk2 tah bila ku rajin..sekian




Friday, January 11, 2008

LaBuaN 5hb - 6hb 2008

Pulau Labuan


Terminal Labuan



5hb Januari 2008 yang lepas untuk pertama kali nya dalam tahun 2008 membuka tirai makan angin ke Labuan..Sampai jua hajat ku kan sana atu memandang kan tahun lepas 2007 hajat kan ke Labuan inda kesampaian..Pada mula nya hanya kami berempat sahaja aku, Dinnie, Jack & Pjal dulu yang bertolak dari Serasa pukul 1.30p.m dengan menaiki kapal Rajawali dan tiba di Pulau LaBuan dalam pukul 2lalu..


Suasana sungai Brunei dalam perjalanan kami atu boleh di kata kan beralun jua, tapi bila udah masuk sungai Labuan atu baru tah reda & tenang perjalanan nya..baik jua kedia ku ani biasa di laut udah..inda jua ku terasa paning banar..Selesai sahaja dari terminal kami terus menginap di Beta Apartment yang andang sedia dah kami booking..Nasib jua awal kami "membuking" pasal nya,datang2 saja kami kesana ramai orang merungut inda ampit apartment atu..Sebelum menerus kan rancangan kami, terlebih dahulu kami menunggu lagi ketibaan 5 orang kawan kami dari Brunei..


Sepatut nya 5 orang yang kami tunggu tapi sungguh mengecewakan hanya 2 orang saja yang dapat datang kerana 3 daripada kawan2 kami inda ampit tiket wal hal udah "dibuking" kan tiket bisdurang atu..Sesudah kami semua berkumpul seramai 6 orang baru tah kami menuju destinasi yang di rancangkan..hehe seperti selalu nya kami akan ke Pusat hiburan..mula2 kami ke 129 seterus nya ke Poppin next, CrossRoad, Strawberry & akhir sekali Beyond 2000..Hampir kesemua pemilik pusat hiburan di sana atu kami kenali, so sekiranya perkara inda baik berlaku bisdurang ani dapat membari pertolongan..Kami hanya berada di sana sampai pukul 12 sahaja..


Keesokan pagi aku tah yang paling awal bangun maklum semangat kan jalan2 meronda bandar Labuan yang banyak udah perubahan nya..Kami check out dari sana pada pukul 2 p.m memandang kan Abg Awg & Abg Rashid terpaksa bertolak awal dari kami inda bebaya kapal kerana bisdurang ganya ampit tiket muleh ke Brunei yang di jadualkan berlepas pukul 3 p.m sementara kapal kami di jadualkan berlepas pukul 4.30 p.m..Dan seperti maklum kami tiba di Terminal Serasa dalam 5 lalu hampir2 menyecah 6 kerana hujan renyai2..nanti kan lagi cerita kami ke Labuan kali kedua pada 9hb/10hb Januari 2008 yang lepas hehe

MiRi 9hb Disember 2007

Our room 615 Grand Palace Hotel

9hb Disember tahun lepas untuk pertama kali nya aku driving ke Miri pakai kereta sendiri hahaha membari kesian kan bunyi nya..orang "cacah cabur " udah ke Miri ani tapi kediaku duima, inda silap ku baru tah masuk kali ke enam ke sana..paling terakhir ku ke Miri pada tahun 2005..kali pertama ku ke Miri pada tahun 1996..Bayang kan macam mana sakai nya kediaku kekeke..6 kali ku ke Miri 3 daripadanya kami bermalam di sana 2 kali bermalam di Righa Hotel pada tahun 1996 dan 2003 dan yang terbaru ani di Grand Palace Hotel..Niat di Hati kan tinggal di Righa Hotel plang lagi, sayang nya inda tetulus..

Kesian banar bah kami ani, dalam kami betiga pergi ke Miri atu pada mula nya ku fikir 2 orang kawan ku ani arif banar dah kan miri ani, rupa2 nya sama jua macam kedia ku yang udah lama inda menjejak Miri..Oleh kerana Hotel Grand Palace ani yang mula2 kami jumpai berdekatan dengan kedai dan ada unsur2 selamat untuk meninggal kan kereta di sana so kami betiga setuju untuk menginap di sana..sepanjang berada di sana inda banyak aktiviti kami buat maklum lah kami ani macam rusa masuk kampung..malam kami hanya mampu ke cherry berries iaitu salah satu pusat hiburan yang terdapat di sana selain Coyote Ugly..Kami disana dari pukul 11p.m sampai tah 2.00 a.m..

Esuk nya selepas check out kami meronda Boulevard Hypermarket..Inda banyak barang kan ku beli mungkin kedia ku inda biasa di tempat atu, lain lah kalau ku di Labuan..pandai banar ku besuping di sana berbanding di Miri hehe..Selepas puas meronda2 kami pun mulih & sampai di Immigresen Brunei dalam pukul 6 lalu..Sekiannn...

Friday, December 28, 2007

KRiSMaS




Hepi BeLaTed Krismas pada teman2 ku yang menyambut nya..Selain atu hepi Belated busday pada my cuzzie & friend yang merangkap sebagai my ex-officer di ofis hehehe..Hmm, nothing much to say..